Malaysian leaders vs Malaysian product..

By Sembangkilang - Last updated: Wednesday, January 14, 2009 - Save & Share - Leave a Comment

Apa dah jadi ni?

Tak lama dulu kita dengar dari Terengganu mereka tak nak guna proton sebagai kereta rasmi lagi dan tukar kepada mercedes. Kecoh lah juga. Sekarang yang terbaru dari Perak pula, pun sama tukar kereta rasmi mereka dari proton kepada toyota camry. Alasan nya kos mahal dari proton dan kerap rosak. Nampaknya dua-dua pihak sama sahaja tindakannya. Pada saya rasa macam tak molek lah kalau pemimpin menggunakan barangan bukan buatan negara tak kiralah kes rasmi ke atau tak. Sepatutnya mereka ni lah melaungkan slogan “belilah barangan buatan malaysia”.

Tak tahu nak kata lah samada tindakan tu betul atau tak. Dari segi kos mungkin betul tapi dari segi imej pemimpin negeri atau negara kurang molek. Saya ada dapat komen dari advisor saya (bangsa Jepun) di kilang, katanya dia hairan kenapa orang di Malaysia ni suka sangat pakai barang luar negara, lagi dia hairan pemimpin politik pun macam tu. Kalau tengok kat Jepun dia kata susah sangat nak tengok kereta mercedes, volkwagen ke tambah lagi kereta korea.

Saya pun terfikir juga, bukan lah nak kata kat rumah saya ni 100% buatan Malaysia tapi kalau lah ada isu kualiti ke, sepatutnya kita komplen dan betulkan. Secara tak langsung kita dah buat satu budaya pada barang kita supaya lebih berkualiti dan akhirnya dikatakan “branded”. So duit yang belanjakan tu pun pergi pada orang Malaysia sahaja. So kita buka ambil cara mudah tukar kepada produk luar lain. Tekan pekilang-pekilang supaya lebih berlumba-lumba hasilkan produk berkualiti. Kalau kita tak mulakan sekarang sampai bila pun akan jadi macam tu lah. Anak cucu pun asyik beli barang luar lepas tu tak de produk sendiri. Bila nak gawat macam sekarang semua orang takut sebab kita buat produk orang, tak independent.

Anyway saya bukan lah pandai sangat pasal politik dan ekonomi ni, tapi itu lah pandangan saya.

“BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA”


Posted in General issue, Kilang News • • Top Of Page

Write a comment