Good bye 2008 and welcome to 2009.

By Sembangkilang - Last updated: Sunday, January 4, 2009 - Save & Share - Leave a Comment

Nampaknya kita dah masuk ketahun baru 2009. Rasanya ramai yang berkata masa begitu cepat berlalu. Betul ke? Masa sama sahaja 24 jam sehari dari dulu sampai sekarang tapi yang jadi cepat sebab kita terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti harian.

Anyway, sekarang orang-orang ditempat kerja mula bersembang pasal KPI tahun ni dan acheivement tahun lepas, pasal appraisal, pasal organisasi baru dan yang paling best pasal BONUS lah. Ada yang dapat banyak, ada yang dapat sikit je. Ada juga yang tak dapat langsung.

Rasanya banyak kilang yang dah mula review pencapaian tahun lepas dan bincangkan apa yang perlu dibuat untuk tahun 2009. Apa yang menakutkan tahun 2009 ialah masalah ekonomi yang dah mula melanda dunia. Di Malaysia ni macam tak ada apa lagi tapi banyak kilang yang dah predict dan buat rancangan awal. Ada juga kedengaran dah ada kilang-kilang yang dah merasa kegawatan ekonomi ni, ada yang dah mula buat pengurangan pekerja, ada yang mula beroperasi 1 shift berbanding sebelum ni beroperasi 24jam 7 hari seminggu.

Walaubagaimana pun persediaan rapi perlu dibuat supaya kilang masih bernyawa. Supaya lagi 2 atau 3 tahun selepas ekonomi dah pulih kilang masih beroperasi dan kaut keuntungan.

Yang paling penting pesanan saya kepada semua,berjimat cermat samada untuk diri sendiri dan untuk kilang anda. Kena ingat jangan boros dengan duit syarikat nak beli bermacam tool dan benda lain yang tak penting. Kalau duit syarikat habis, kilang boleh tutup dan kita tak ada kerja.


Bookmark and Share

Posted in General issue • • Top Of Page

Write a comment