Basic Machine Maintenance (5 actions toward 0 breakdown).
Lima Tindakan ke arah ”Tiada kerosakan.
Bagi mengelakkan kerosakan yang akan membawa kepada kerosakan yang besar dan menyebabkan produk tidak dapat dikeluarkan atas sebab-sebab 7 tujuh punca utama yang disebut sebelum ini, 5 tindakan utama mesti dilaksanakan oleh kita. Ini melibatkan penjagaan asas, kemahiran dan peringkat awal pembuatan mesin.
1) Penjagaan asas.
Untuk memastikan mesin berada dalam keadaan optimum penjagaan asas adalah amat penting. Ini dapat dibaratkan seperti kita menjaga kenderaan kita. Dimana penjagaan asas akan dilakukan seperi membasuh kereta, menukar minyak pelincir dan memastikan tiada yang longgar. Ini dikatakan asas kerana ia mudah dilakukan oleh pengguna kenderaan tersebut. Sama seperti kenderaan, 3 faktor iaitu:
a) pembersihan,
b) pelinciran,
c) tiada kelonggaran.
2) Pemeriksaan dan servis dengan terperinci dilakukan terhadap mesin.
Ini biasanya dilakukan secara berkala atau semasa awal operasi contohnya setiap pagi atau setiap hari Isnin. Bagi menjalankan aktiviti ini adalah lebih baik menyediakan “checksheet” atau kertas pemeriksaan supaya ianya jelas kepada pemeriksa.
Selain membuat pemeriksaan harian terdapat juga pemeriksaan yang berkala panjang atau berjadual (Periodic Maintenance). Aktiviti biasanya dilakukan oleh Pihak Penyelenggaraan (Maintenance Department). Jadual disediakan pada awal mesin dipasangkan dan bahagian-bahagian utama dikenal pasti oleh pihak penyelenggaraan semasa peringkat ini. Bahagian utama yang melibatkan mekanikal dan electrikal di senaraikan seperti contoh rantai, belt, motor dll. Bahagian ini akan dijadualkan berdasar pengalaman, pengetahuan dan informasi dari pembuat mesin. Contoh jadual ini ditunjukan dibawah.
Sistem CMMS atau Computerized Maintenance Management Systems telah diperkenalkan tidak lama dahulu bagi memantau aktiviti berkala ini. Pada asasnya sistem ini agak mahal akan tetapi boleh terdapat di internet sekarang secara percuma.
3) Lindungi dari kotoran / bahan cemar.
Seperti yang dinyatakan, pembersihan adalah asas penting dalam penyelengaraan. Tujuannya ialah untuk membuang kekotoran dan bahan tercemar. Tetapi ada bahagian-bagian mesin yang penting dan sensitive pada kekotoran yang perlukan pembersihan yang kerap. Oleh itu bagi memastikan bahagian tersebut sentiasa terlindung dari bahan tercemar adalah lebih baik untuk ditambahbaikkan dengan penutup (cover). Ini dapat menjadikan mesin tersebut lebih kukuh dan stabil.
Selain daripada itu dengan adanya penutup ini kekotoran dari mesin itu sendiri dapat dikawal dari melimpahi ke kawasan sekeliling yang mungkin boleh mengundang keaadaan yang tidak selamat kepada pekerja.
4) Kurangkan kelemahan mesin semasa fasa rekabentuk (design stage).
Bagi mengenali punca kelemahan rekabentuk, pengalaman kerosakan pada mesin yang sebelumnya adalah penting. Informasi-informasi dan data-data dari pihak producksi, penyelenggaraan dan pembuat mesin juga amat penting supaya kelemahan lalu dapat di perbaiki unutk mesin baru.
Bagi mesin-mesin yang sedang digunakan dan terdapat kelemahan rekabentuk yang dijumpai maka kaizen hendak lah dilakukan.Kaizen-kainzen ini hendak diimplemtasikan pada mesin baru.
Contoh-contoh perkara penting dalam fasa rekabentuk.
- mudah untuk selenggara iaitu tidak sempit, senang kenal pasti kerosakan dll,
- mudah untuk operasi iaitu supaya dapat mengelakkan kesilapan operasi yang boleh mengundang kemalangan dan kerosakan,
- peralatan utama dan eksosari seperti pam, motor, lubricator, unit kawalan (systems controller tahan lebih lama iaitu tidak mudah rosak,
- bagi pihak penyelenggaraan adalah penting untuk mendapatkan peralatan aksesori yang seragam (standard)) berbanding antara mesin-mesin lama atau baru. Ini untuk memudahkan pengurusan stor atau pembelian.
- cuba minimumkan peralatan aksesori yang sukar didapat, pastikan ianya mudah didapati di Malaysia dan berkualiti.
Bagaimanapun cuba pastikan penambahbaikan ini tidak melibatkan kos yang tinggi untuk jangka masa pendek atau panjang.
5) Tingkatkan kemahiran.
Kemahiran adalah satu elemn yang penting dalam memastikan mesin berada dalam keadaan baik. Kemahiran terbahagi kepada 2 iaitu:
a) Kemahiran operasi oleh operator,
b) Kemahiran penyelengaraan dan membaikpulih mesin untuk elektrikal dan mekanikal.
Kekurangan kemahiran pada operasi boleh menyebabkan kemalangan mesin samada kecil atau besar. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada mesin dan yang paling merbahaya apabila kerosakan itu tidak dikenalpasti atau tidak dapat dikenal pasti sehinggalah membawa kepada kerosakan besar di kemudain hari.
Kekurangan kemahiran untuk menyelenggara juga akan memberi akibat yang sama. Tersalah tafsir punca kerosakan dan pemasangan peralatan yang salah adalah contoh kepada kekurangan kemahiran. Oleh itu latihan samada di kelas atau di tempat sebenar (on job training, OJT) berkenaan sifat-sifat mesin tersebut dan cara penyelenggaraan yang betul amat penting.
Adalah disarankan latihan tubi yang berulang-ulang dilakukan untuk meningkat tahap kemahiran pekerja. Ini bagi memastikan tiada kecuaian dan kesilapan dilakukan.
Boleh diibaratkan seperti pasukan Bomba yang mana melakukan latihan berkali-kali dengan lakonan kebakaran seolah-olah kebakaran yang betul. Mereka melakukannya supaya apabila berada di kebakaran sebenar, mereka tahu apa tindakan yang perlu diambil dan supaya tiada kesilapan yang boleh menyebabkan kematian pada mangsa dan diri mereka sendiri.





