Key Performance Indicator (KPI).
Key Performance Indicator (KPI) adalah satu perkara yang menjadi kewajipan dalam mana-mana organisasi. Saya rasa kerajaan kita pun akan ada KPI mereka. Setiap tahun pihak pengurusan akan mengeluarkan KPI masing-masing bagi memastikan matlamat utama dan visi syarikat atau kilang tercapai. KPI akan digunakan bagi mengukur tahap aktiviti dan menyelaraskan aktiviti kepada matlamat tersebut.
Apa yang saya tekankan disini ada 2 perkara,
1) Pertama; tahap aktiviti dalam mencapai KPI tersebut. Kebanyakan yang terjadi sebuah syarikat di Malaysia ini selalunya memikirkan perkara yang boleh dikatakan advance atau tahap tinggi. Dan ini akan berbalik kepada masalah perkara asas dilupakan.
Seperti yang pernah saya katakan jika perkara asas dilupakan ada kemungkinan perkara baru tidak dapat dijalankan dengan berjaya. Ini boleh dilihat kalau masalah yang dihadapi tidak selesai dan kerap kali muncul berulang-ulang. Jadi setiap tindakan tidak dapat dipastikan adakah betul atau salah. Ataupun analisa akan menjadi rumit kerana ramai akan berfikir perkara asas dilakukan dan “small matter”.
Berbalik kepada isu KPI, pada saya perkara asas yang wajib tidak boleh di keluarkan dari KPI setiap tahun untuk meransang KPI yang advance . Jadi apabila dibentangkan kepada semua pekerja ia akan sentiasa diambil berat dan tidak dilupakan.
2) Kedua; Ya! KPI yang telah siap mesti dibentangkan kepada semua perkerja dan setiap pekerja mesti mempunya KPI masing-masing berpandukan target yang ditetapkan. So semua pekerja akan tahu apa yang syarikat perlukan dari mereka. Dan dengan ini mereka akan tahu arah tuju dan apa yang perlu mereka lakukan.
Selalunya pihak pengurusan senior (Top management) akan memberi KPI secara general mengikut skop mereka. Jadi setiap bahagian atau pengurusan pertengahan (middle management) akan memberikankan KPI dan aktiviti masing-masing berpandukan KPI dari pihak pengurusan atasan. Aktiviti akan di buat dengan terperinci untuk sekyen tersebut. Selepas itu pihak bawahan (Seperti Supervisor, Line leader & Operator) akan mempunyai imej untuk KPI mereka dan akan melakukan aktiviti masing-masing dengan lebih terperinci. Tapi adalah lebih baik kalau mereka ini dapat membuat KPI mereka dalam bentuk document.
Senang kata bahawa KPI ini adalah seperti tujuan kita bekerja selain dari datang dan balik kerja dan hujung bulan masuk gaji.






Comment from NormSap
Time November 13, 2008 at 9:43 am
Biasanya KPI akan menifestasikan daripada “Qualiti Objektif” company dan di menifestasikan pula oleh setiap seksyen dan subseksyen didalam company tersebut.
KPI pula semestinya boleh diterjemahkan oleh perkiraan yang munasabah
mengikut formula yang sedia ada bagi setiap seksyen atau subseksyen.
KPI perlu dibincangkan secara berkala supaya tidak menyimpang jauh dan setiap KPI memerlukan komitmen dan setiap komitmen perlu disematkan kedalam sanubari setiap pekerja agar menjadi pemangkin terhadap setiap pekerjaan yang dilalui saban hari.