«

Maintenance Issue

By Sembangkilang - Last updated: Thursday, August 7, 2008 - Save & Share - 3 Comments

Untuk kali yang entah keberapa Maintenance section dipersoalkan kerana line dan machine downtime yang banyak. Kenapa terlalu banyak mesin yang tidak beroperasi dan menyumbang kepada penurunan operation rate? Kenapa banyak mesin membuat reject part?

Maintenance buat apa?? Rosak repair saja ke?? Tak buat PM ke?

Hmmm…. pendapat saya rasanya ini bukan masalah Maintenance sahaja. Adakah setiap mesin yang beroperasi untuk mengeluarkan part ni dibawah jagaan Maintenance section sahaja? Sudah tentu tidak. Setiap orang dan pekerja bertanggungjawab atas mesin yang ada. Samada Production section, Quality control section, Tooling atau Production Planning Section termasuk Production Engineering sekali pun. Tetapi peranannya sudah tentu berbeza.Kenapa saya kata begitu?

Untuk apa kita beli mesin-mesin yang mahal-mahal? Sudah tentu bagi mengeluarkan produk yang kita company nak jual. Jadi Hanya dua elemen yang penting dalam mengeluarkan produk iaitu mesin dan manusia. Kedua-duanya adalah pekerja kepada syarikat. Jadi kedua-duanya mesti dijaga dengan betul dan bersungguh-sungguh. Ini adalah perkara asas dalam industri pembuatan.Oleh itu dalam semua perkara yang dilakukan penjagaan mesin mesti diambil perhatian oleh semua pihak. Kerana semuanya perlu memainkan peranan supaya mesin dapat mengeluarkan produk yang berkualiti dan pada masa yang ditetapkan.

Itu sahaja untuk kali ini. Nanti saya akan bincangkan bagaimana setiap section perlu mainkan peranan untuk menjaga mesin.


Bookmark and Share

Posted in Maintenance Articles • • Top Of Page

3 Responses to “Maintenance Issue”

Comment from NormSap
Time November 13, 2008 at 9:28 am

Biasanya pihak maintenance akan jadi “kambing hitam” bila ada masalah yang berkaitan dengan mesin.

Persepsi ini berbangkit kerana hanya pihak maintenance je yang ada skill dlm membaikpulih mesin tersebut.
Tapi kalau mesin tersebut dijaga ngan betul dan mempunyai design(rekabentuk) bagi mengelakkan masalah-masalah berbangkit, pastinya mesin tersebut kurang problem.

Comment from Sembangkilang
Time November 15, 2008 at 6:38 am

En. NormSap, perkara ini sememangnya sentiasa berlaku apabila terdapatnya masalah mesin. Yang boleh baikpulih mesin ni selalunya hanya pihak Maintenance. Sebab itu selalu jadi mangsa.
Sebab itu perlu diterapkan bahawa tanggungjawab menjaga mesin ni bukan hanya dari pihak Maintenance akan tetapi dari semua pihak termasuk yang merekabentuk mesin.
Perlu diingat mesin akan pasti rosak disebabkan wear and tear. So apa yang penting bagaimana membuat pelan dan mengesan abnormal pada mesin sebelum berlaku kerosakan tiba-tiba dan menyumbang kepada downtime.

Comment from Sab
Time December 18, 2008 at 9:40 am

Kerja penyelenggaraan mesin di pertangungjawabkan kepada maintenance, dan tanggungjawab ini dikongsi sama dengan pengguna mesin tersebut. Contohnya cara penjagaannya, penggunaan yang betul… maintenance boleh pertikai sebarang penurunan dengan mengkaji semula dengan cara penggunaan yang tidak betul atau tiada aduan mengenai kerosakan kecil pada mesin yang berlarutan.

Write a comment