Kena marah…
Boleh dikatakan hampir semua orang yang pernah bekerja di dalam dunia ni, mesti kena marah samada kena marah oleh ketua atau bos. Macammana baik dan bagus sekali pun mesti pernah lalui pengalaman ini. Kalau tak dengan bos, mesti kena marah oleh rakan kerja lain disebabkan ada perkara atau kerja yang tak mencapa kehendak masing-masing. Itu yang selalu kita dengar ada yang berkata lebih baik kerja sendiri. Sendiri jadi bos sendiri buat kerja. Tapi walau macamana pun yang bekerja sendiri pun kalau yang berniaga pasti kena marah oleh pelangan, paling tidak pun kena perli ke atau kena kutuk. Dan percayalah bagi mereka yang kena marah ni betapa geram dan sedihnya kalau kena marah terutama sekali kalau dah buat kerja habis baik. Kalau yang tahan tu ada yang melawan balik dan jadilah pertengkaran (ada yang sampai letak jawatan, saya dah tengok perkara ini)Pengalaman kena marah macam ini, pada pendapat saya adalah lumrah. Perasaan marah ini adalah satu perasaan yang mesti ada pada setiap orang. Kalau anda jenis tak tahu marah langsung bermakna mesti ada something yang tak kena. Bila bercakap bertempat ini, marah oleh boss ini ada 2 jenis. Satu marah memang sebab marah sangat dan terutama boss ni jenis panas baran. Silap sikit nak marah. Tak ikut apa yang dia minta mesti nak marah. Dan satu lagi marah yang dirancang sebab secara asasnya boss nak kena tunjuk yang dia cuba nak kawal orang bawahan dia atau senang cakap nak kena tunjuk “I am the boss”. Selalunya marah yang dirancang ni dah diajar turun temurun dari boss sebelum-sebelum ni. Situasi kedua ni saya kira bersetuja lah juga. Cuma yang pertama tu kurang bersetuju lah, of course la marah tu kena bertempat.
Saya teringat pesanan dari boss saya, dalam bekerja ni ada 3 perkara yang mesti ada. Pertama menyukai kerja kita, kedua kesihatan kita dan ketiga hati mesti gembira (tak boleh terlalu serius setiap masa, mesti nak kena ada lawak jenaka). Ketiga-tiga ini
Anyway kepada yang kena marah semasa bekerja ni, tak kira samada makan gaji atau kerja sendiri, jangan simpan dalam hati dan bawa balik sampai ke rumah dan sampai tak boleh tidur malam dan berlanjutan berhari-hari dan berminggu-minggu. Ini yang menyebabkan anda akan bertambah tertekan dan akhirnya memakan diri sendiri. Let it go.
Saya ada mendengar ceramah dari CD oleh pakar motivasi dari USA, Zig Ziglar berkata:
“Failure is not a person, it is an event”
“Yesterday ended last night and today is a brand new day so make it a great day”
Ingat kata-kata ini selepas anda kena marah atau selepas anda habis waktu kerja.





