Siapa yang paling susah buat kerja?
Di sini bukan nak comment pasal topik hari tu cuma tertarik dengan beberapa ayat yang juga berlaku dalam kilang.
Ada ayat “anda yang berada diluar mungkin nampak senang, tapi ianya tak semudah itu” – lebih kurang macam tulah.
Ayat macam ni atau pemikiran macam ni selalu berlaku kat dalam kilang sebenarnya. Selalu komen pihak lain atau rakan kerja yang lain. Seolah-olah pada dia senang sahaja nak buat dan tak faham kenapa orang tu susah nak selesaikan.
Tapi percayalah setiap kerja yang ada pasti akan ada kesusahannya dan pasti ada tekanan masing-masing. Bagi orang yang macam saya yang telah bergerak dari satu seksyen ke satu seksyen samada yang lama atau baru ditubuhkan, memag telah melihat bermacam-macam kesusahan masing-masing. Dan dengan kesusahan dan dugaan ini akan mewujudkan tekanan masing-masing.
Kalau anda tidak percaya anda boleh cuba.
Selalu fenomena mudah ni boleh di lihat antara Maintenance dan Production. Selalunya masalah utama Maintenance section ialah nak purchase spare part. Nampak macam senang just order sahaja macam kat pasaraya. Tapi bagi syarikat yang besar, procedure nak membeli akan betul-betul memeritkan yang penuh dengan birokrasi. Yelah sebab melibatkan duit. Lagi merumitkan pula jika spare part tu special made. So perlu berbulan-bulan nak buat. Mesin dah nak breakdown tak lama lagi. So ia tak semudah mata memandang. Boleh sampai mimpi kejar spare part hehe…
Bagi Production pula, untuk control man power supaya mengikut SOP supaya mesin dijaga dengan baik dan kualiti terjamin tak semudah dengan hanya memberi peringatan atau marah-marah. Belum pasti masalah tak berulang. Nak tukar operator pula, man power susah nak dapat dan kalau dapat operator baru nak kena train lagi. Dan bermacam-macam lagi lah…
So tak yah nak condemn orang lebih sangat takut nanti kalau anda di transfer ketempat tersebut dan tak mampu nak buat langsung. Saya pun dah pernah tengok fenomena ni.
Tapi untuk komen dan demand is OK to get the result faster dan better. Bukan kata tak boleh push atau put on pressure.
Anyway untuk yang rasa susah, jangan asyik dan kerap kata susah nak buat… Susah tak lekang dari mulut tu.. Of course kerja tak jalan. Must figure out the constraint.. Such behouvior must has a limit





