TEAMWORK? WHAT IF THERE IS TOO MUCH TEAMWORK?

By Sembangkilang - Last updated: Friday, September 12, 2008 - Save & Share - One Comment

Teamwork atau dalam bahasa Malaysia kerjasama dalam satu pasukan adalah satu kemestian dalam sesebuah organisasi. Ianya adalah sangat penting untuk berjaya dalam mencapai matlamat dan target yang telah ditetapkan. Berbeza dengan waktu dahulu dimana “one man show” boleh mendatangkan hasil, tapi pada era sekarang yang mana persaingan antara pengeluar atau antara syarikat amat tinggi jadi boleh dikatakan tiada lagi istilah “one man show”.

Pelbagai aktiviti selalu diadakan oleh syarikat atau kilang atau organisasi tersebut dari pihak pengurusan samada pertengahan atau tertinggi bagi mewujudkan semangat kerja berpasukan ini. Ada yang lakukannya di dalam kilang dan ada yang melakukannya di luar kilang dan di luar waktu kerja. Seperti contoh “yearly retreat”, aktiviti family day, aktiviti sukan dan sebagainya. Dengan harapan komunikasi dan pemahaman antara satu sama lain menjadikan kerja-kerja dapat dilakukan dengan lebih berjaya. Hubungan antara pekerja dan seksyen akan lebih erat dengan memahami aktiviti masing-masing. Ini kerana setiap kejayaan bergantung antara satu sama lain (tiada “one man show”).

Tetapi disebalik pelbagai aktiviti tersebut ada juga kemungkinan yang mana hubungan menjadi terlalu erat dan bukan lagi bergelar rakan kerja tetapi sahabat baik. Ini akan mewujudkan lebih kepada hubungan peribadi lebih dari hubungan professional. Percayalah perkara seperti ini selalu terjadi di Malaysia yang penduduknya bersifat penyayang  (kecuali di jalanraya lah).

So apa akan terjadi jika ini berlaku?

Rasanya tuan-tuan boleh fikirkan apa yang akan terjadi. Apabila suasana akan menjadi terlalu friendly. Rasanya setiap meeting dan perbicangan hanya akan ada gelak ketawa. Segala result akan berkata OK walaupun tak berapa OK. Kalau result tak berapa OK, nak tegur pun tak berapa best sebab takut rakan tersinggung dan merajuk. So janji ada keluar output. Jadi lebih baik kata OK atau berdiam diri sahaja. Ini yang selalu berlaku. Dan ini adalah sangat merbahaya kepada syarikat dan kilang kerana masalah yang dihadapi tak akan diselesaikan ke akar umbi. Jadi masalah ini akan berulang dan berulang lagi dan akhirnya jadi barah. Akhirnya semua orang yang susah. Tak kiralah orang bawahan, pertengahan dan atasan.

Sebagai satu contoh paling klasik dimana apabila sebuah kilang yang menjadi vendor kepada sebuah syarikat lain yang berada diluar negara i.e Jepun. So produk ni akan dihantar mengikut jadual yang telah ditetapkan dan penghantaran telah tertangguh bebarapa kali dan akhirnya mendapat berita syarikat Jepun ini akan mengalami downtime yang jika produk tak dapat dihantar dalam masa terdekat. So semua orang kelam kabut. Yang saya nak ceritakan bahawa line/mesin yang menghasilkan produk ini dah lama mengalami masalah dan operation rate tak pernah tercapai. Sepanjang fenomena tersebut yang ada hanyalah bertanya bahawa mesin atau problem dah selesai belum oleh empunya line dan seksyen lain. Setiap hari perbincangan seolah-olah tak nampak ada nya masalah yang akan melanda. Tiada suasana krisis. Person incharge antara seksyen nampak happy dan bergurau senda tiada perbincangan serius dan tiada tekanan. So sekarang semua orang dah kelam kabut untuk nak dapatkan output bagi penghantaran ke Jepun. Mungkin penghantaran akan berjaya dilakukan tapi suasana too friendly ni berlanjutan, masalah penghantaran akan berlaku lagi dan yang paling kesian adalah operator dan juruteknik yang nak berhempas kudrat siang dan malam serta hari minggu sebab nak dapatkan volume untuk penghantaran tersebut.

So ok ke kalau jadi macam cerita di atas di tempat anda?

Sepatutnya pada awal lagi dah ramal masalah penghantaran ini dan perbincangan serius dan minta meminta berlaku serta kritik-kritikan juga berlaku supaya tekanan dapat dirasakan antara semua seksyen yang terlibat. Apabila ada tekanan barulah orang semua berfikir dan berkerja keras nak dapatkan target. Kalau macam situasi di atas, tuan punya line yang sepatutnya dah melenting dan merungut dari awal. Melenting dan merungut ini pula bukan maki-hamun tapi memberi tekanan kepada semua yang terlibat. Pandai-pandailah nak tackle.

So fakir-fikirkan lah. Jangan campurkan perasaan peribadi dengan kerja. Berpesan-pesanlah kepada rakan kerja anda.

 

 


Bookmark and Share

Posted in General issue, Motivasi Artikel • • Top Of Page

One Response to “TEAMWORK? WHAT IF THERE IS TOO MUCH TEAMWORK?”

Comment from online
Time February 22, 2010 at 4:39 pm

perlu menyemak:)

Write a comment