Toyota Production Systems – Intro.

By Sembangkilang - Last updated: Friday, August 29, 2008 - Save & Share - Leave a Comment
Toyota Production Systems atau dikenali sebagai TPS adalah salah satu sistem bagi production yang terbaik di dunia. Sudah tentu sistem ini bermula dari kilang kereta Toyota sendiri dan telah banyak diikuti oleh kebanyakan kilang dan syarikat tak kira samada di US, Eropah dan di Asia. Ia diikuti oleh pelbagai sektor selain dari sektor automotif sendiri. Sistem ini juga telah menjana pelbagai sistem yang lain seperti contoh “Lean Manufacturing” yang menjadi satu pembaharuan terkini untuk sektor perkilangan.

Sistem TPS ini telah dimulakan oleh empunya syarikat Toyota iaitu Saikichi Toyoda bersama rakan sekerja beliau dan anaknya. Mereka terdiri dari Taiichi Ohno, Shiego dan Eiji Toyoda. Asalnya ia dimulakan dari konsep “Just In Time Production” atau dikenali JIT. Bermula dari pergi ke U.S untuk menkaji sistem produksi oleh Henry Ford yang telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda pada masa itu. Tetapi berasa tidak berpuas hati dengan kosep dan falsafah Henry Ford, sehingga mereka terlihat sistem pada Supermarket yang mana apabila pelangan mengambil minuman untuk dibeli dan pekerja yang menggantikan minuman itu dengan segera oleh itu minuman itu akan sentiasa tersedia untuk pelangan. Dengan pemerhatian kaedah Henry Ford, Edward Deming dan beberapa falsafah maka wujudlah sistem yang menjadi kebanggaan. Bermula dari tahun 1948 dan di tambaikan pada 1978 sistem JIT dan TPS diperkenalkan.

Tujuan utama TPS ialah bagi mengelakkan pembaziran, ketidak sekataan dan terlebih beban. Ini lebih popular dikenali dalam sebutan Jepun iaitu Muda, Muri dan Mura. Di dalam TPS terdapat 7 jenis kerugian yang perlu dielakkan atau dikurankan. Mereka terdiri dari:

  1. over-production,
  2. pergerakan dalam kerja,
  3. menunggu (waiting),
  4. conveyence,
  5. processing,
  6. inventory (raw material atau buffer stock – penyimpanan stok),
  7. rework dan scrap.

Pembaziran diatas ini datang dari pelbagai bentuk. Mengikut kajian yang telah lakukan, kebanyakan kilang melakukan 70% hingga 90% pembaziran tanpa dikenalpasti. Dan ini adalah satu pembaziran yang merugikan syarikat dan kilang apabila ditukarkan dalam bentuk kos. Jadi TPS ini akan memberi kaedah dan falsafah bagi mengelakkan pembaziran yang berterusan dan seterusnya tiada kerugian.

Sejak Toyota menjalankan akitiviti-aktiviti dan kaedah-kaedah ini mereka telah berjaya mengurangkan “Lead time” dan kos. Jadi tidak hairan lah kereta mereka dapt dihasilkan pada kos yang rendah dan berkualiti.

Contoh kaedah dan falsafah dalam TPS:

  • Heijunka,
  • JIT,
  • Geinchi genbutsu – melihat dengan mata sendiri,
  • Andon – papan informasi production,
  • Jisyuken,
  • Quality circle – penglibatan pekerja amat bermakna dalam TPS,
  • Kanban,
  • Kaizen,
  • dan lain-lain lagi.

 


Bookmark and Share

Posted in Production Article • • Top Of Page

Write a comment